Dasar awam Fizik_zarah

Hasil-hasil uji kaji dalam fizik zarah seringnya diperoleh melalui pemecut-pemecut zarah yang amat besar dan yang amat mahal (biasanya beberapa bilion dolar Amerika Syarikat). Oleh sebab belanja ini memerlukan pembiayaan kerajaan, penyelidikan fizik zarah selalu melibatkan persoalan-persoalan dasar awam.

Banyak orang telah memperdebatkan bahawa kemajuan-kemajuan zarah fizik yang dapat dijangka tidaklah secocok dengan wang yang akan dibelanja, dan mendakwa bahawa fizik zarah telah menelan wang yang seharusnya dipergunakan untuk usaha-usaha penyelidikan dan pendidikan yang lebih penting. Pada tahun 1993, Kongres Amerika Syarikat menghentikan projek Pelanggar Besar Superkonduktor (SSC) kerana kebimbangan yang serupa, selepas menghabiskan AS$2 bilion untuk pembinaannya. Banyak ahli sains, termasuk kedua-dua penyokong dan pembangkang SSC, mempercayai bahawa keputusan untuk menghentikan projek tersebut adalah disebabkan sebahagian oleh keakhiran Perang Dingin yang menghapuskan persaingan saintifik antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.

Sesetengah orang di dalam komuniti saintifik mempercayai bahawa fizik zarah telah dijejaskan oleh penuaan penduduk-penduduk yang menimbulkan persoalan-persoalan kesihatan yang harus diselesaikan dengan segera dan oleh itu, menyebabkan pembiayaan saintifik dari fizik zarah dialihkan kepada sains-sains biologi dan kesihatan. Selain itu, banyak pembangkang menyoal keupayaan mana-mana satu negara untuk bertahan daripada belanja yang diperlukan oleh fizik zarah dan menyalahkan SSC kerana tidak mencari pembiayaan antarabangsa.

Penyokong-penyokong pemecut zarah berpendapat bahawa penyelidikan teori-teori yang paling asas patut diberikan pembiayaan yang mencukupi kerana pembiayaan ini akan amat memanfaatkan bidang-bidang sains yang lain. Mereka menegaskan bahawa semua pemecut pada hari ini adalah projek-projek antarabangsa dan atas sebab ini, menyoal dakwaan bahawa wang yang tidak dibelanja untuk pemecut-pemecut akan dipergunakan untuk tujuan saintifik atau pendidikan yang lain.